Selamat Datang

Terima kasih kerana berpeluang berkunjung ke blog ini. Semoga apa yang saya paparkan di ruangan ini dapat memberikan perkongsian dengan anda. Matlamat melahirkan lebih ramai usahawan jutawan di kalangan bumiputera, bukan lagi cerita kosong atau rekaan semata-mata sebaliknya adalah kebenaran yang mampu di buktikan bersama AT181. Justeru, kami menjemput anda bersama kami merebut peluang ini menjadi sebahagian dari Rakan Kongsi kami. "Peluang yg besar itu dtg secara tiba2, dtg tak menentu masa, adakalanya ia dtg di saat kita ksempitan atau kesusahan. NILAILAH peluang itu dgn secara bijaksana. Rebutlah peluang yg besar itu kerana peluang yg besar itu bole berlalu dgn tiba2. JANGAN jadikan 10001 alasan utk tidak merebut peluang yg besar itu" Kata2 Hikmat Prof. Dr. Hamka. "BERSAMA ANDA DI PUNCAK KEJAYAAN"

selamat datang ke taipan 181 sabah

TAIPAN 181 TERUNGGUL

Sunday, August 22, 2010

PROGRAM AROMA TERAPI MINDA

Maaf, agak lama tidak menulis di blog ini. Sibuk ja sejak kebelakangan ini banyak perkara yang perlu di selesaikan. Bila group semangkin berkembang, tugas jugak semangkin banyak untuk dilaksanakan. Sudah menjadi tanggungjawab, nak berjaya kena berusaha bersungguh-sungguh walaupun penat, walaupunpayah, tak kesahlah...yang penting kejayaan perlu di kecapi bersama. Saya perlu lakukan apa yang orang berjaya telah lakukan. Kerana saya yakin orang Berjaya ada sebab dan orang yang Gagal jugak ada sebab. So kita perlu cari sebabnya....

Sempat jugak bergambar kenang-kenangan bersama Mentor Hebat Akademi Taipan 181 CDM FARIDAH yang banyak memberi motivasi yang sangat tinggi dan berharga.

Hari ini 22/08/2010 Ahad seawal jam 4.00 subuh dah bangun untuk bersahur, besok nak puasa. Agak payah jugak nak buka mata, terasa masih pedih, mungkin penat sebab semalam balik lewat dari TTC dah jam 12.30 selesai perbincagan bersama-sama CDM2 Taipan 181 sabah. CDM Faridah juga ada bersama mengatur perancangan untuk program hari ini.

Balik dari TTC tak tidor lagi, masih ada kerja yang perlu di selesaikan untuk persediaan program. Bukan sahaja satu amanah yang dipertanggungjawabkan malah dengan tekad dan niat di hati nak membantu dengan ikhlas, bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi untuk group, untuk semua yang berada di Akademi. Saya nak berjaya walau susah macamna sekalipun....dan saya jugak nak melihat semua orang akan berjaya di Akademi Taipan 181 ini.
Tepat jam 7.30am saya da sampai di dewan Seri Semporna Kompleks Tabung haji Sembulan K.K. Belum ada siapa2 yang datang, tersentak jugak disudut hati, adakah yang akan datang? Berapa ramaikah yang sanggup datang? Berapa ramaikah orang yang nak berjaya dan sanggup bersusah payah dalam membina impian? Arghhh! pedulilah....biarlah....ada orang kah tak ada, yang pasti saya dah berada di dewan ini. Walaupun keseorangan semangat tetap membara. Dengan penuh keyakinan tetap jugak saya teruskan tugas yang di amanahkan, menyediakan segala keperluan PA sistem/laptop/projektor dllnya dengan harapan semoga semuanya berjalan dengan sempurna.

Seronoknya berada di Akademi Taipan 181.....

Jam 8.15am dah mula kelihatan kehadiran peserta yang semangkin rancak. Wahhh.....bertambah-tambahlah semangat. Alhamdulillah jam 10.30 program dimulakan.

Antara yang hadir, adalah diantara mereka-mereka yang benar-benar nak berjaya. Sentiasa dekatkan diri bersama orang-orang yang berjaya. Sentiasa positif, tidak mudah mengalah.

"HARI ini mulakan pelan kehidupan yang baru, kerana semalam yang berlalu TIDAK akan berulang siarannya, yang tinggal hanyalah kenangan samada PAHIT atau MANIS.... ESOK mulakan pelan persaraan yang baru kerana semalam kita telah merancang yang terbaik untuk kita....." Tetapkan matlamat anda, "Saya mahu berjaya, saya mahu hidup bahagia, saya mahu banyak wang, saya mahu pergi melancong, saya mahu rumah besar, saya mahu kereta besar, saya mahu bahagiakan kedua orang tua saya, mertua saya, keluarga saya, saya mahu pendapatn hari ini RM10k sebulan, saya mahu....saya mahu...saya mahu..." Petikan dari kata-kata CDM Siti Rahmah.


Teruja dengan Motivasi yang di sampaikan CDM Faridah.

Alangkah seronoknya, bertuahnya berada di Akademi Taipan 181, segala ilmu semuanya dicurahkan dan dikongsikan bersama tanpa rasa jemu oleh pemimpin-pemimpin hebat terutamanya Pakar Motivasi Hebat CDM Faridah. Segala ilmu yang di kongsikan tidak pernah untuk saya merasa jemu malah saya bertambah yakin dan bersemangat di Akademi. Bagaimana denga ANDA??? Semua yang hadir kelihatan tetap bersemangat, puasa tidak menghalang kita untuk menimba segala ilmu. Saya percaya kerana ilmulah kita boleh berjaya seperti mereka yang telah berjaya. Di Akademi Taipan 181 segala-galanya ada, terpulang pada diri masing-masing, "Tepuk dada tanyalah selera" Apa anda mahu dalam hidup anda? Bagaimana anda sekarang? Siapa anda sekarang? Itu tidak penting, setiap manusia berhak untuk mengubah cara hidup, dari biasa kepada luar biasa, dari yang tidak punya apa-apa kepada segala-galanya ada. Dari susah menjadi senang, dari miskin menjadi kaya kaya kaya....dan terus kaya raya. Segala-galanya tidak mustahil! Ramai yang telah di buktikan, dari seorang surirumah menjadi jutawan, dari peniaga pasar malam menjadi jutawan. Pasti ada jalannya......! Bak kata pepatah "Dimana ada Kemahuan disitu ada Jalan" PASTI.......

2 comments:

  1. Tahniah Ramlee kerana terus loyalty kepada Hai O dan Akademi Taipan 181 Sabah. Terima kasih juga atad segala komitmen anda.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISEBALIK TARIKH LAHIR ANDA?