Selamat Datang

Terima kasih kerana berpeluang berkunjung ke blog ini. Semoga apa yang saya paparkan di ruangan ini dapat memberikan perkongsian dengan anda. Matlamat melahirkan lebih ramai usahawan jutawan di kalangan bumiputera, bukan lagi cerita kosong atau rekaan semata-mata sebaliknya adalah kebenaran yang mampu di buktikan bersama AT181. Justeru, kami menjemput anda bersama kami merebut peluang ini menjadi sebahagian dari Rakan Kongsi kami. "Peluang yg besar itu dtg secara tiba2, dtg tak menentu masa, adakalanya ia dtg di saat kita ksempitan atau kesusahan. NILAILAH peluang itu dgn secara bijaksana. Rebutlah peluang yg besar itu kerana peluang yg besar itu bole berlalu dgn tiba2. JANGAN jadikan 10001 alasan utk tidak merebut peluang yg besar itu" Kata2 Hikmat Prof. Dr. Hamka. "BERSAMA ANDA DI PUNCAK KEJAYAAN"

selamat datang ke taipan 181 sabah

TAIPAN 181 TERUNGGUL

Sunday, August 22, 2010

PROGRAM AROMA TERAPI MINDA

Maaf, agak lama tidak menulis di blog ini. Sibuk ja sejak kebelakangan ini banyak perkara yang perlu di selesaikan. Bila group semangkin berkembang, tugas jugak semangkin banyak untuk dilaksanakan. Sudah menjadi tanggungjawab, nak berjaya kena berusaha bersungguh-sungguh walaupun penat, walaupunpayah, tak kesahlah...yang penting kejayaan perlu di kecapi bersama. Saya perlu lakukan apa yang orang berjaya telah lakukan. Kerana saya yakin orang Berjaya ada sebab dan orang yang Gagal jugak ada sebab. So kita perlu cari sebabnya....

Sempat jugak bergambar kenang-kenangan bersama Mentor Hebat Akademi Taipan 181 CDM FARIDAH yang banyak memberi motivasi yang sangat tinggi dan berharga.

Hari ini 22/08/2010 Ahad seawal jam 4.00 subuh dah bangun untuk bersahur, besok nak puasa. Agak payah jugak nak buka mata, terasa masih pedih, mungkin penat sebab semalam balik lewat dari TTC dah jam 12.30 selesai perbincagan bersama-sama CDM2 Taipan 181 sabah. CDM Faridah juga ada bersama mengatur perancangan untuk program hari ini.

Balik dari TTC tak tidor lagi, masih ada kerja yang perlu di selesaikan untuk persediaan program. Bukan sahaja satu amanah yang dipertanggungjawabkan malah dengan tekad dan niat di hati nak membantu dengan ikhlas, bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi untuk group, untuk semua yang berada di Akademi. Saya nak berjaya walau susah macamna sekalipun....dan saya jugak nak melihat semua orang akan berjaya di Akademi Taipan 181 ini.
Tepat jam 7.30am saya da sampai di dewan Seri Semporna Kompleks Tabung haji Sembulan K.K. Belum ada siapa2 yang datang, tersentak jugak disudut hati, adakah yang akan datang? Berapa ramaikah yang sanggup datang? Berapa ramaikah orang yang nak berjaya dan sanggup bersusah payah dalam membina impian? Arghhh! pedulilah....biarlah....ada orang kah tak ada, yang pasti saya dah berada di dewan ini. Walaupun keseorangan semangat tetap membara. Dengan penuh keyakinan tetap jugak saya teruskan tugas yang di amanahkan, menyediakan segala keperluan PA sistem/laptop/projektor dllnya dengan harapan semoga semuanya berjalan dengan sempurna.

Seronoknya berada di Akademi Taipan 181.....

Jam 8.15am dah mula kelihatan kehadiran peserta yang semangkin rancak. Wahhh.....bertambah-tambahlah semangat. Alhamdulillah jam 10.30 program dimulakan.

Antara yang hadir, adalah diantara mereka-mereka yang benar-benar nak berjaya. Sentiasa dekatkan diri bersama orang-orang yang berjaya. Sentiasa positif, tidak mudah mengalah.

"HARI ini mulakan pelan kehidupan yang baru, kerana semalam yang berlalu TIDAK akan berulang siarannya, yang tinggal hanyalah kenangan samada PAHIT atau MANIS.... ESOK mulakan pelan persaraan yang baru kerana semalam kita telah merancang yang terbaik untuk kita....." Tetapkan matlamat anda, "Saya mahu berjaya, saya mahu hidup bahagia, saya mahu banyak wang, saya mahu pergi melancong, saya mahu rumah besar, saya mahu kereta besar, saya mahu bahagiakan kedua orang tua saya, mertua saya, keluarga saya, saya mahu pendapatn hari ini RM10k sebulan, saya mahu....saya mahu...saya mahu..." Petikan dari kata-kata CDM Siti Rahmah.


Teruja dengan Motivasi yang di sampaikan CDM Faridah.

Alangkah seronoknya, bertuahnya berada di Akademi Taipan 181, segala ilmu semuanya dicurahkan dan dikongsikan bersama tanpa rasa jemu oleh pemimpin-pemimpin hebat terutamanya Pakar Motivasi Hebat CDM Faridah. Segala ilmu yang di kongsikan tidak pernah untuk saya merasa jemu malah saya bertambah yakin dan bersemangat di Akademi. Bagaimana denga ANDA??? Semua yang hadir kelihatan tetap bersemangat, puasa tidak menghalang kita untuk menimba segala ilmu. Saya percaya kerana ilmulah kita boleh berjaya seperti mereka yang telah berjaya. Di Akademi Taipan 181 segala-galanya ada, terpulang pada diri masing-masing, "Tepuk dada tanyalah selera" Apa anda mahu dalam hidup anda? Bagaimana anda sekarang? Siapa anda sekarang? Itu tidak penting, setiap manusia berhak untuk mengubah cara hidup, dari biasa kepada luar biasa, dari yang tidak punya apa-apa kepada segala-galanya ada. Dari susah menjadi senang, dari miskin menjadi kaya kaya kaya....dan terus kaya raya. Segala-galanya tidak mustahil! Ramai yang telah di buktikan, dari seorang surirumah menjadi jutawan, dari peniaga pasar malam menjadi jutawan. Pasti ada jalannya......! Bak kata pepatah "Dimana ada Kemahuan disitu ada Jalan" PASTI.......

Saturday, August 14, 2010

BERSAMA CDM FARIDAH

Hari ini 14/08/2010 Sabtu jam 11.00am Pengukuhan bersama Pemimpin Hebat Taipan 181 yang di kasehi CDM Faridah yang di nanti-nantikan oleh seramai lebih 100 usahawan warga Taipan yang hadir di TTC Kota Kinabalu dengan slot kali ini yang sangat luar biasa dan berbeza "RAHSIA MENJEMPUT WANG DENGAN MUDAH" Tidak dapat di nafikan semua perlukan wang, semua orang berusaha mencari wang. Orang sanggup buat apa sahaja sebab wang. Nak kaya mesti ada wang! Wang...Wang...Wang.... Kenapa? Segala-galanya adalah wang......


Sebelum ini ramai yang tidak menyedari Rahsia di sebalik WANG, apa yang patut dilakukan terhadap Wang. Apakah hanya sekadar untuk membeli keperluan atau bagaimana? Apakah keperluan wang? Semuanya di bongkar, menyayangi wang dengan menciumnya setiap hari, itulah kata-kata saranan dari pakar motivasi Taipan 181 CDM Faridah. "MONEY IS ENERGY" sifat wang yang patut di ketahui. Wang itu bertenaga, hanya orang yang bertenaga, bersemangat kuat dan membara, rajin berkerja, sentiasa berusaha bersungguh-sungguh, tidak pernah kenal penat, sentiasa bertenaga, berkeyakinan tinggi, tidak putus asas, tidak mudah rasa kecewa atas apa yang di lakukan, itulah ciri-ciri orang yang di sukai wang. Sebaliknya orang yang tidak bertenaga, pemalas, tidak mahu berusaha, mudah putus asa, tiada impian, penakut, suka memberi alasan, wang tidak akan datang kepada mereka. Maknanya sia-sialah orang yang hanya suka duduk berangan-angan nak wang tapi tidak mahu berusaha sebaliknya hanya suka berharap dan tidak mahu melakukan apa yang orang lakukan.


“I LO>>>>>VE>>>>>MONEY” itulah laungan semangat warga taipan yang hadir untuk berkongsi segala ilmu yang di curahkan. Bersama CDM kami sentiasa bersemangat dan bertenaga. Tiga jam bersama CDM rasanya tidak cukup, kerana masih banyak ilmu yang kami perlukan. Yang tidak hadir adalah satu kerugian yang amat besar. Nak berjaya perlu ada ilmu, tanpa ilmu anda tidak akan kemana.
Terima kasih daun keladi buat CDM Faridah pemimpi hebat Taipan 181 yang di kasehi, andainya ada kelapangan masa
jemputlah datang lagi, kami warga Taipan 181 Sabah sentiasa menantikan kehadiran CDM.




Sunday, August 1, 2010

ROADSHOW 3 & PELANCARAN AKADEMI TAIPAN 181 SABAH.

Majlis gilang-gemilang Pelancaran Akademi Taipan 181, SABAH yang di sempurnakan oleh En. Kamarulzaman (wakil Syarikat) bersama CDM Kartini dan CDM2 dari Sabah....
Terimakasih yang tidak terhingga di atas keperhatinan semua CDM2 yang datang jauh dari Kuala Lumpur untuk bersama-sama merialisasikan impian menuju ke puncak kejayaan. "Bersama & Bersatu selamanya dalam Taipan 181. Pastikan disetiap jengkal tanah Sabah ada Taipan 181.....Go Go Go TAIPAN....
Keriangan jelas terpancar diwajah di antara seramai 25 orang penerima Tiket Pelancongan PERCUMA ke SWISS & MENGERJAKAN UMRAH 2010. TAHNIAH...!
TAIPAN 181 tetap HEBAT....semangat yang kian membara membuatkan kami tidak mengenal apa itu penat, susah payah, cabaran dan dugaan, segala keringat akan kami korbankan demi memastikan kelancaran Roadshow 3 & Pelancaran Akademi Taipan 181 di Dewan Serbaguna, Kementerian Pertanian,Kota Kinabalu pada 31 Julai 2010. Kejayaan adalah milik kita bersama...

Yang hadir adalah mereka-mereka yang bersemangat juang yang tinggi yang ingin berjaya. Tidak ada kejayaan tanpa perjuangan. Semangat yang brekobar-kobar, "Jika kau fikirkan kau boleh, kau pasti boleh melakukannya, jika kau fikirkan kemenangan kau hampiri kejayaan".....itulah di antara baris2 lagu yang dilaungkan di setiap kali permulaan majlis. Lagu keramat pembakar semangat Taipan 181 "FIKIRKAN BOLEH" di nyanyikan...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISEBALIK TARIKH LAHIR ANDA?