Hari ini 14/08/2010 Sabtu jam 11.00am Pengukuhan bersama Pemimpin Hebat Taipan 181 yang di kasehi CDM Faridah yang di nanti-nantikan oleh seramai lebih 100 usahawan warga Taipan yang hadir di TTC Kota Kinabalu dengan slot kali ini yang sangat luar biasa dan berbeza "RAHSIA MENJEMPUT WANG DENGAN MUDAH" Tidak dapat di nafikan semua perlukan wang, semua orang berusaha mencari wang. Orang sanggup buat apa sahaja sebab wang. Nak kaya mesti ada wang! Wang...Wang...Wang.... Kenapa? Segala-galanya adalah wang......
Sebelum ini ramai yang tidak menyedari Rahsia di sebalik WANG, apa yang patut dilakukan terhadap Wang. Apakah hanya sekadar untuk membeli keperluan atau bagaimana? Apakah keperluan wang? Semuanya di bongkar, menyayangi wang dengan menciumnya setiap hari, itulah kata-kata saranan dari pakar motivasi Taipan 181 CDM Faridah. "MONEY IS ENERGY" sifat wang yang patut di ketahui. Wang itu bertenaga, hanya orang yang bertenaga, bersemangat kuat dan membara, rajin berkerja, sentiasa berusaha bersungguh-sungguh, tidak pernah kenal penat, sentiasa bertenaga, berkeyakinan tinggi, tidak putus asas, tidak mudah rasa kecewa atas apa yang di lakukan, itulah ciri-ciri orang yang di sukai wang. Sebaliknya orang yang tidak bertenaga, pemalas, tidak mahu berusaha, mudah putus asa, tiada impian, penakut, suka memberi alasan, wang tidak akan datang kepada mereka. Maknanya sia-sialah orang yang hanya suka duduk berangan-angan nak wang tapi tidak mahu berusaha sebaliknya hanya suka berharap dan tidak mahu melakukan apa yang orang lakukan.
“I LO>>>>>VE>>>>>MONEY” itulah laungan semangat warga taipan yang hadir untuk berkongsi segala ilmu yang di curahkan. Bersama CDM kami sentiasa bersemangat dan bertenaga. Tiga jam bersama CDM rasanya tidak cukup, kerana masih banyak ilmu yang kami perlukan. Yang tidak hadir adalah satu kerugian yang amat besar. Nak berjaya perlu ada ilmu, tanpa ilmu anda tidak akan kemana.
Terima kasih daun keladi buat CDM Faridah pemimpi hebat Taipan 181 yang di kasehi, andainya ada kelapangan masa jemputlah datang lagi, kami warga Taipan 181 Sabah sentiasa menantikan kehadiran CDM.
No comments:
Post a Comment