Selamat Datang

Terima kasih kerana berpeluang berkunjung ke blog ini. Semoga apa yang saya paparkan di ruangan ini dapat memberikan perkongsian dengan anda. Matlamat melahirkan lebih ramai usahawan jutawan di kalangan bumiputera, bukan lagi cerita kosong atau rekaan semata-mata sebaliknya adalah kebenaran yang mampu di buktikan bersama AT181. Justeru, kami menjemput anda bersama kami merebut peluang ini menjadi sebahagian dari Rakan Kongsi kami. "Peluang yg besar itu dtg secara tiba2, dtg tak menentu masa, adakalanya ia dtg di saat kita ksempitan atau kesusahan. NILAILAH peluang itu dgn secara bijaksana. Rebutlah peluang yg besar itu kerana peluang yg besar itu bole berlalu dgn tiba2. JANGAN jadikan 10001 alasan utk tidak merebut peluang yg besar itu" Kata2 Hikmat Prof. Dr. Hamka. "BERSAMA ANDA DI PUNCAK KEJAYAAN"

selamat datang ke taipan 181 sabah

TAIPAN 181 TERUNGGUL

Tuesday, June 22, 2010

PERMATA HATIKU

Permata hatiku.....
Usah berundur setiap kali menerima ujian. Kumpulkan serpihan semangat yang ada. Bina kembali impian yang hampir berkecai, canai kembali sisa-sisa harapan. Jangan gusar dengan halangan, jangan gentar dengan cabaran. Bulatkan tekad bahawa "Bukanlah aku seorang yang cemerlang, selagi kejayaan tidak mampuku bawa pulang".

Lagi pekat gelap malam, lebih terserlah kerdipan bintang,
Lagi hebat cabaran yang mendatang, lebih terpancar kehebatan seseorang.

Bangunlah wahai putera puteri kebangaanku....
Semoga kewujudan kita di mayapada ini tidak sia-sia. Semoga diri kita akan mampu bersinar, disinari dan menyinari. Usah berhenti dari beruaha mencari gemerlap diri. Sesungguhnya kelahiran kita dibekalkan ilahi dengan beribu kelebihan dan berjuta kehebatan. Ayuh....carilah dan gunakanlah.

Memilih untuk berjaya bermakna separuh kejayaan telah menjadi milik kita. Separuh lagi adalah hasil dari usaha, pengorbanan dan perancangan. Yang penting, kita sedar siapa diri kita, di mana kita berada dan ke mana hala tuju kita. Usah hanya berserah tanpa berusaha. Kehidupan ini mampu kita corakkan selagi hayat di kandung badan. Kegelapan hari ini mampu kita terangi dengan limpahan cahaya, jika kita sanggup berusaha dan berkorban. Memang menjadi lumrah alam, Gelap hari kerana malam, gelap mata kerana buta, gelap kehidupan kerana tiada berharta".

Masa silam tidak dapat di tukar. Masa depan untuk kita mencorakkanya. Kenangkan masa silam, bagaimana jerih payahnya ibu bapa melahirkan dan membesarkan kita. Sebagai penghargaan, apakah yang mampu kita sumbangkan? Mampukah kita menjadi anak yang berbakti dengan segenap kekurangan yang kita miliki?

Memiliki suami/isteri/keluarga yang sentiasa kita sanjung tinggi, untuk mereka ini apakah yang dapat kita hadiahkan sebagai tanda amat mencintai? Dalam kita gigih memburu kejayaan, usah dipersiakan pengorbanan mereka. Insan-insan yang teguh berdiri dan menanti serta sentiasa menyokong dan mengerti.

Tiada kata secantik bahasa dapatku gambarkan untuk melahirkan rasa kasih sayang dan terima kasihku kepada semua rakan kongsi yang telah sama-sama jatuh dan bangun dalam perjuangan ini. Doaku tidakpernah lekang untuk kalian dalam setiap denyut nadi ini agar kalian tabah mengharungi duri dan ranjau dalam perjalanan mendaki puncak CDM. Kejayaan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dimiliki. Namun begitu, kalau ramai yang membuktikan bahawa mereka BOLEH, yakinlah KITA juga BOLEH.

Usaha.....usaha....usaha.....usaha.....tanpa nokhta.....semoga satu masa, satu ketika kita sama-sama berada dipuncak KEJAYAAN.

GO....GO.....GO.....TAIPAN!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISEBALIK TARIKH LAHIR ANDA?