Selamat Datang

Terima kasih kerana berpeluang berkunjung ke blog ini. Semoga apa yang saya paparkan di ruangan ini dapat memberikan perkongsian dengan anda. Matlamat melahirkan lebih ramai usahawan jutawan di kalangan bumiputera, bukan lagi cerita kosong atau rekaan semata-mata sebaliknya adalah kebenaran yang mampu di buktikan bersama AT181. Justeru, kami menjemput anda bersama kami merebut peluang ini menjadi sebahagian dari Rakan Kongsi kami. "Peluang yg besar itu dtg secara tiba2, dtg tak menentu masa, adakalanya ia dtg di saat kita ksempitan atau kesusahan. NILAILAH peluang itu dgn secara bijaksana. Rebutlah peluang yg besar itu kerana peluang yg besar itu bole berlalu dgn tiba2. JANGAN jadikan 10001 alasan utk tidak merebut peluang yg besar itu" Kata2 Hikmat Prof. Dr. Hamka. "BERSAMA ANDA DI PUNCAK KEJAYAAN"

selamat datang ke taipan 181 sabah

TAIPAN 181 TERUNGGUL

Monday, June 13, 2011

RAJA SEHARI warga AT181 12 Jun 2011

SELAMAT PENGANTIN BARU kepada DSM Noraidah & Mahathir yang telah selamat melangsungkan perkahwinan pada 12 Jun 2011 di Kg. Naluyan, Sepitang, Sabah 12 Jun 2011 yang lalu. TAHNIAH....Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat....dari seluruh warga AT181....
Warga AT181 yang sempat berkunjung ke majlis persandingan DSM Noraidah & Mahathir. Kami sentiasa mengharapkan anda terus maju jaya dalam segala kerjaya. Teruskan usaha dalam perjuangan yang belum selesai. (Rakan kongsi AT181 yang sentiasa menyokong usaha anda:- DDM RAMLEE & CDM MAIDAH)
SIRIH PINANG RAJA SEHARI, Sama cantik sama padan, bagai pinang di belah dua, bagai cincin dengan permata, bagai bunga dengan kumbangnya, bagai bulan dengan bintang.... Semoga penyatuan dua insan sejoli sehati sejiwa ini akan memberi cahaya kehidupan di alam baru...

Senyuman manis pasangan sejoli RAJA Sehari..... TAHNIAH....
"YA ALLAH YA TUHAN KAMI" kami memohon restumu berkatilah kedua pasangan ini, limpahkanlah berkat dan rahmat atas pasangan yang telah sah di ijab kabulkan menjadi pasangan suami isteri ini, jadikanlah rumahtangga mereka aman dan bahagia dalam ketaatan terhadapmu... Kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan soleha serta, berikanlah ketenangan kepada mereka di dunia dan akhirat, sempurnakanlah agama mereka dengan berkat ikatan ini....
AMIN YA RABBAL ALAMIN......

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISEBALIK TARIKH LAHIR ANDA?